Profil

Profil

PENGENALAN
Unit praktikum, IPG Kampus Darulaman merupakan unit yang mengendali Amalan Profesional pelajar sepenuh masa dan Kursus Dalam Cuti (KDC). Pelanggan Unit Praktikum terdiri daripada tiga kategori utama, iaitu pelajar sepenuh masa dan KDC, tenaga akademik terdiri daripada pensyarah akademik yang dilantik sebagai pensyarah penyelia, Ketua Jabatan yang diamanahkan untuk menjalankan pemantauan sementara Pensyarah Kanan akan dilantik sebagai Pensyarah Rentasan juga Pemantauan dan kumpulan pengurusan, iaitu Pengurus Sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah.

20160530_093343MISI
Melestarikan Amalan Profesional Yang Berkualiti Dan CemerlangĀ Untuk Membangunkan Modal Insan Guru
Bagi Memenuhi Aspirasi Pendidikan Negara

VISI
Unit Praktikum IPG Kampus Darulaman Peneraju KecemerlanganĀ Pengurusan Amalan Profesional

 

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan Program Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship kepada semua pelajar terlibat.
  2. Penilaian pemarkahan praktikum dan internship dapat diuruskan dengan terancang dan terkawal.
  3. Membina jaringan kerjasama antara pelajar, pensyarah dan pihak sekolah.
  4. Membina perkongsian pintar dengan agensi luar seperti Jabatan Pendidikan Negeri, KEMAS dan Jabatan Perpaduan.